|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh Alhamdulillahi Robbil 'Alamin, Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin , Wa'ala alihi washohbihi ajma'in. Robbisrohli shodri , Wayassirli amri , Wahlul uqdatan millisaani, Yafqohu qouli . "Wahai Tuhanku, lapangkanlah Dadaku , Mudahkanlah Untukku Urusanku, dan Lepaskanlah Kekakuan Lidahku. Supaya Mereka Mengerti Perkataanku".
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit,maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia,dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kam ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia;dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan,
kepemurahan dan kebaikanMu,dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun di dataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.”
Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar di dataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu dan bersikap dingin terhadap seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud:
“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Di hari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.
Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan di lautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka( wal iyazu billah)
Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya”Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan?”
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaityu Adam a.s. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31; ”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”.
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud:
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud:
‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w;yang bermaksud:
“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud; “Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu”. Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulitpun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65;yang bermaksud ……”Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu.
Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa................................. Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini sebab tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis Asma(nama)Ku di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dantidak di langit hingga hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangian).
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail a.s berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Selama ini kita mengenal Telaga Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada disisi ilmiah saintifiknya sangat baik. Cabang ilmu geologi yang mempelajari tentang air adalah hydrogeologi.
Khasiat air Zam-zam tentunya bukan disini yang mesti menjelaskannya, tapi kalau sejarah geologi Telaga Zam-zam mungkin boleh dijelaskan disini. Sedikit cerita Pra-Islam, atau sebelum kelahiran Nabi Muhammad, diawali dengan kisah Isteri dari Nabi Ibrahim, Siti Hajar, yang mencari air untuk anaknya.
Telaga Zam-zam yang sekarang ini kita lihat adalah Telaga yang digali oleh Abdul Muthalib Datoknya Nabi Muhammad.
Dimensi dan Profil Telaga Zam-zam
Bentuk Telaga Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.
Telaga ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batupasir hasil transportasi dari lain tempat. Mungkin saja dahulu ada lembah yang dialiri sungai yang saat ini sudah kering. Atau dapat pula merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.
Dibawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat ber air (permeable). Lapisan yang sangat ber air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di Telaga Zam-zam.
Kedalamannya 17 meter kebawah selanjutnya, Telaga ini menembus lapisan batu keras yang berupa batu beku Diorit. Batu beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di tempat lain, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bahagian atas batu ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air. Dulu ada yang menduga retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada laporan geologi yang menunjukkan hal itu.
Dari uji pemompaan telaga ini mampu mengalirkan air sebesar 11 - 18.5 liter/detik, hingga seminit dapat mencapai 660 liter/permenit atau 40 000 liter per jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan panjang 75 cm denga ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.
Keterangan geometris lainnya, celah Telaga dibawah tempat Thawaf 1.56 m, kedalamannya hampir dari bibir telaga 30 m, kedalaman air dari bibir telaga = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar telaga 17 m, dan diameter telaga berkisar antara 1.46 hingga 2.66 meter.
Air hujan sebagai sumber
Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas cekungan yang melengkung sebagai daerah tangkapan ini seluas 60 Km2 saja, tentunya tidak terlampau luas sebagai sebuah cekungan penadahan hujan. Sumber air Telaga Zam-zam terutama dari air hujan yang turun di daerah sekitar Makkah.
Telaga ini secara hydrologi hanyalah Telaga biasa sehingga sangat memerlukan perawatan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualiti higienis air dan lingkungan Telaga serta menjaga pasokan air supaya mampu memenuhi keperluan para jamaah haji di Makkah. Pembukaan lahan untuk timggal di sekitar Makkah sangat dijaga rapi untuk menghindari berkurangnya kapasiti Telaga ini.
Gambar disebelah ini memperlihatkan lokasi Telaga Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bagian tengah diantara perbukitan-perbukitan disekitarnya. Luas kawasan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat langka terjadi di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat khusus.
Dahulu diatas Telaga ini terdapat sebuah bangunan dengan luas 8.3 m x 10.7 m = 88.8 m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini ditiadakan untuk memperluas tempat thawaf. Sehingga tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 paip air (220 paip untuk laki-laki dan 130 paip untuk perempuan), ruang masuk laki perempuan-pun dipisahkan.
Saat ini bangunan diatas Telaga Zam-Zam yang terlihat gambar diatas itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah inipun sudah ditutup. Sehingga ruang untuk melakukan ibadah Thawaf menjadi lebih luas. Tetapi kalau anda Thawaf masih dapat kita lihat ada tanda dimana Telaga itu berada. Telaga itu terletak kira-kira 20 meter sebelah timur dari Ka’bah.
Montoring dan pemeliharaan Telaga Zamzam
Jumlah jemaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya 400 000 pertahun (ditahun 1970-an), terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jemaah pertahun di tahun 1990-an, Dan saat ini sudah lebih dari 2.2 juta. Tentunya diperlukan pemeliharaan telaga ini yang merupakan salah satu keajaiban dan daya tarik tersendiri bagi jemaah haji.
Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat diam pasrah saja membiarkan telaga ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah moden secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurus telaga Zamzam ini. Sepertinya memang Arab Saudi juga bukan sekedar percaya saja dengan menyerahkan ke Allah sebagai penjaga, namun justru sangat meyakini manusialah yang harus memelihara berkah telaga ini.
Pada tahun 1971 dilakukan penelitian (riset) hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Hal ini dipicu oleh pernyataan seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar air limbah dan berbahaya untuk dikonsumsi. Tariq Hussain juga meragukan spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Telaga Zam-zam, karena Makkah terletak 75 Kilometer dari pinggir pantai. Menyangkut dugaan doktor mesir ini, tentusaja hasilnya menyangkal pernyataan seorang doktor dari Mesir tersebut.
Badan Riset Telaga Zamzam yang berada dibawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk
Perkembangan perawatan Telaga Zamzam.
Dahulu kala, zamzam diambil dengan gayung atau timba, namun kemudian dibangunlah pam air pada tahun 1373 H/1953 M. Pam ini menyalurkan air dari Telaga ke penampungan air, dan diantaranya juga ke paip-paip yang ada di sekitar Telaga zamzam.
Uji pam (pumping test) telah dilakukan pada telaga ini, pada penyaluran 8000 liters/detik selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air telaga dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu penyaluran dihentikan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan telaga hanya dalam waktu 11 minit setelah pam dihentikan. Sehingga dipercaya dengan mudah bahwa sumber yang membekalkan air ini berasal dari beberapa celah (rekahan) pada perbukitan disekitar Makkah.
Banyak hal yang sudah dilakukan pemerintah Saudi untuk memelihara telaga ini antara lain dengan membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). dan saat ini telah membangun saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke tangki penampungan yang berkapasiti 15.000 m3, bersambung dengan tangki lain di bagian atas Masjidil Haram guna melayani para pejalan kaki dan musafir. Selain itu air Zam-zam juga diangkut ke tempat-tempat lain menggunakan trak tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.
Saat ini telaga ini dilengkapi juga dengan pam elektrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump). Kita hanya dapat melihat foto-fotonya saja seperti diatas. Disebelah kanan ini adalah drum hidrograf, alat pengukur ketinggian muka air Telaga Zamzam (Old style drum hydrograph used for recording levels in the Zamzam Well).
Kandungan mineral
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zamzam in memang unik mengandung elemen-elemen alamiah sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen kimiawi yang terkandng dalam air Zamzam dapat dikelompokkan menjadi
Kandungan-kandungan elemen-elemen kimiawi inilah yang menjadikan rasa dari air Zamzam sangat khas dan dipercaya dapat memberikan khasiat khusus. Air yang sudah siap saji yang bertebaran disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan air yang sudah diproses sehingga sangat aman dan segar diminum, ada yang sudah disejukkan dan ada yang panas. Namun konon proses higienisasi ini tidak menggunakan proses kimiawi untuk menghindari perubahan rasa dan kandungan air ini.
tambahan Berita :
Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;
"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".
Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Perceraian jalan terakhir yang disediakan Islam bagi pasangan suami isteri yang bermasalah sama ada ketidakserasian atau masalah lain berkait dengan kezaliman, tidak tunai tanggung jawab.
SETIAP umat manusia yang menuju ke syurga akan meniti Siratul Mustaqim yang terbentang di atas permukaan neraka. Neraka tempat dijanjikan Allah pada manusia yang mengingkari larangannya.
KOLEKSI busana muslimah oleh Radzuan Radziwill me nampilkan konsep romantika dengan penggunaan warna lembut. Motif rekahan dan garisan ditonjolkan melalui kemasan manik dan labuci sama ada pada warna yang senada dengan fabrik atau rona kontras untuk kelihatan lebih menyerlah.
SETIAP insan mahu memulakan hari dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, dikhuatiri ia merosakkan mood sepanjang hari.
ADA pihak datang kepada saya berkenaan isu riba yang dikenakan kerajaan lalu berkata: “Bukankah tiada riba di antara negara atau kerajaan dengan rakyat, sebagaimana tiada riba antara tuan dengan hambanya?”
SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim.
ADA yang berhujah dengan saya kononnya riba di institusi kewangan Islam atau konvensional tidak mahal. Ada pula mengatakan riba sekadar tiga peratus bagi pinjaman rumah dan pelajaran tidak sewajarnya diharamkan kerana ia memberi manfaat kepada peminjam. Justeru, ia tidak riba kerana tidak zalim dan memperoleh reda kedua-dua pihak.
MANUSIA dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Allah sebelum masing-masing menerima hukuman dan pembalasan sama ada di syurga atau neraka.
JIKA mendapat anak pendiam, kita sering menggelarnya ‘berat mulut’ dan risau dengan perkembangan itu. Lebih-lebih lagi jika dia baru melangkah ke alam persekolahan, tidak pernah mengadu apa-apa mengenai kejadian yang berlaku di sekolah, tetapi sering pulang ke rumah dengan calar dan luka serta pakaian kotor. Pasti terdetik di hati ibu bapa sama ada anaknya menjadi mangsa buli.
RAMAI terkeliru dalam hal ini apabila mengatakan setiap kezaliman dalam urusan kewangan adalah riba. “Bukankah riba itu diharamkan kerana zalimnya,” kata seorang pelajar sarjana syariah pada saya.
TIDAK dinafikan, sudah diketahui umum bahawa syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat al-Quran bermaksud:
JIKA tanda kecil adalah satu peringatan awal kepada umat manusia bahawa janji Allah mengenai kiamat dan hari pengadilan itu sesuatu yang benar, ada lagi alamat sebelum terjadinya kiamat peringkat kedua dengan kejadian lebih besar dan menakutkan.
SI kecil leka menghisap hujung bantal sehingga basah. Di beberapa bahagian lain bantal bayi berusia enam bulan itu turut basah, menandakan si kecil berulang kali melakukan tabiat berkenaan.
BERSESUAIAN dengan mood musim panas dan bunga, Butik Innai bermain dengan motif bungaan dan warna ceria bagi koleksi terbarunya.
“Ustaz, saya nak tanya mengenai permainan kutu. Sekali pandang, nampak halal. Begini, pekerja di pejabat saya main ‘kutu’. Satu kepala atau seorang RM100, seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat RM1,100 (campur RM100 duit sendiri) setiap bulan.
MINGGU lalu kita diberikan sedikit gambaran mengenai kiamat. Betapa dahsyatnya hari sangkakala ditiup dan setiap makhluk bernyawa di dunia ini akan menemui ajal.
“IBU, tolong bacakan buku cerita ini untuk adik.” “Kalau nak minta ibu bacakan buku cerita, adik kena siapkan kerja sekolah dulu.” “Okey. Nanti adik siapkan, tapi janji tau!” “Okey, ibu janji.”
Ada ulama cuba menganggap permainan atau pertandingan beserta hadiah sebagai ‘Wa’d Bi Tabarru’ atau janji untuk bersedekah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasifikasinya sebagai aqad mu’awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. (Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)
“SESUNGGUHNYA hari kiamat itu sangat dahsyat. Pada hari itu, setiap ibu lupa pada anaknya, perempuan yang hamil gugur anaknya, engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, bukan kerana mabuk minuman keras, melainkan kerana seksaan Allah yang sangat pedih.” (al-Haj: 1 — 2).
SEBAGAI manusia biasa, sikap pilih kasih mungkin tidak dapat dielakkan, walaupun ibu bapa cuba berlaku adil dengan tidak membezakan kasih sayang untuk anak mereka.
DI sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, berasal daripada keturunan Imam Hasan ra.
APAKAH hukum cabutan bertuah? Adakah ia judi? Soalan sebegini banyak saya terima. Cabutan bertuah ada pelbagai jenis. Ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini, saya cuba dedahkan beberapa jenis cabutan bertuah dan hukum setiap satunya.
DI dalam Islam, hak berpakaian bukan milik mutlak kita. Hak terutama dan yang tertinggi adalah hak Allah. Sama ada suka atau tidak, sesuatu hukum yang ‘putus’ seperti larangan zina, riba, tinggal solat dan menutup aurat tidak boleh berubah mengikut zaman.
DULU ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu.
“ORANG-orang kafir itu disempitkan kuburnya sampai remuk tulang-belulangnya. Demikian itulah kehidupan yang sempit, penuh dengan kecelakaan dan kesengsaraan.” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Hibban) Begitulah seksaan kubur bagi golongan kafir dan ingkar terhadap Allah.
HUBUNGAN antara makhluk dengan penciptanya dihubung melalui ibadat solat dan doa. Melalui ibadah khusus ini, kita memperoleh kekuatan untuk menghadapi segala macam cabaran.
SETIAP kematian hampir pasti mengundang kesedihan. Kesedihan itu pula diikuti dengan tangisan.
DI dalam Islam, menerapkan dan berusaha mewujudkan nilai unggul dalam sesebuah negara menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat.
BAK kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman,
walaupun masa perjalanan itu ringkas dan padat.
MENERUSI e-mel dan soalan yang kerap saya terima, berikut antara beberapa jenis untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri pekerjaan, sama ada kerajaan, swasta, persatuan, sekolah dan parti politik
“SESUNGGUHNYA Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi nyawa belum sampai di halkum (iaitu belum sakaratulmaut).” Begitulah maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi.
MALAYSIA mengeluarkan kereta nasional pada 1985 dan sejak itu negara mula menjadi negara industri. Pembangunan begitu pantas dan pada 1990-an, kita mula mengenali kesesakan lalu lintas. Sebelum era itu kehidupan masyarakat kita ringkas, dengan kebanyakan wanita menjadi suri rumah menguruskan suami dan persekolahan anak.
"SAUDARAKU, begitu ramai manusia mencintai dunia. Jika dibenarkan, mereka tidak mahu mati. Mereka jauh daripada agama, apatah lagi memikirkan soal mati dan akhirat.
MINGGU ini saya ingin berkongsi soalan dan jawapan saya berkenaan komisen wakil dan jualan aset dengan cara meminjam aset orang lain. Soalan yang saya terima seperti berikut: “Saya hendak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kepada kawan saya A dengan harga RM30 satu.
RAMAI bertanya saya berkenaan hukum urusniaga ‘forex’ (dagangan tukaran mata wang asing) yang dibuat melalui Internet.
RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.
JIKA anda masih berpegang pendapat beberapa ilmuan syariah di Malaysia yang membenarkan, ia terpulang kepada anda dan harus bagi orang awam. Namun, anda perlu memahami kesan dan akibat jika rumah itu terbengkalai.
LAPORAN akhbar mengenai caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik perhatian saya. Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya.
TENGAH malam esok akan bergemalah pekikan menyambut tahun baru. 2007 bakal meninggalkan kita tepat jam 12.01 tengah malam, diganti dengan 2008. Seperti amalan biasa, seluruh dunia akan bergembira menyambut kehadiran tahun baru. Sering kita lihat ada pesta nyanyian dan pelbagai hiburan.
RAMAI antara kita mengaku mencintai Rasulullah SAW. Namun, berapa ramai antara kita benar-benar beriman dan mengikuti ajarannya dengan menjadikan as-sunnah sebagai sebahagian daripada kehidupan dan meninggalkan perkara yang dilarang ‘Kekasih Allah’ itu.
MINGGU ini adalah siri terakhir jawapan saya kepada banyak soalan yang diterima daripada umat Islam yang keliru selepas permohonan pinjaman mereka dengan bank Islam ditolak.
1. Doa Ketika Bangun Tidur
2. Doa Ketika Memakai Dan Menanggalkan Pakaian
3. Doa Keluar Atau Memasuki Rumah
(Ketika keluar dari Rumah)
(Ketika masuk rumah)
5. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas
(Ketika Masuk Tandas)
(Ketika Keluar Tandas)
6. Doa Ketika Berwuduk Mandi Dan Azan
(Ketika Berwuduk)
"Ya Allah, ampunilah dosaku dan luaskanlah rumahku dan berilah berkat dalam rezekiku."
(Ketika Selesai Berwuduk)
"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa serta tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari orang-orang yang bersuci."
(Ketika Selesai Azan)
"Ya Allah ,Tuhan yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad SAW kedudukan dan keutamaan dan bangkitkanlah baginya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan."
7. Doa Ketika Makan
(Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan)
(Ketika Selesai Makan)
8. Doa Apabila Bermimpi
(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)
"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)
"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."
(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)
"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada keburukan mimpi."
(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku."
9. Doa Tidur
(Sebelum ia tidur, hendaklah ia bersihkan(kibas) tempat tidurnya tiga kali dan berdoa)
"Dengan namaMu wahai Tuhanku,aku baringkan lambungku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku(Kau ambil nyawaku), ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan (kembalikan) jiwaku, maka peliharalah diriku sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang salih."
(Ketika Akan Berbaring di tempat tidur)
"Ya Allah, aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia ,Yang Hidup,Yang Jaga dan aku bertaubat kepada-Nya." (3 kali )
11. Doa Selesai Sembahyang Atau Selesai Majlis
(Zikir-zikir selepas sembahyang)
Tasbih (33 X) Tahmid(33X) Takbir (33X) |
Dan disempurnakan dengan
(Ketika meninggalkan majlis)
1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).
JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN
Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci
(VERSI AUDIO
BERSAMA TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN
Berikut adalah koleksi jawapan kemusykilan agama yang diutarakan oleh orang ramai yang dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Soal-jawab ini adalah dalam bentuk Audio format RM (Real Media), sila klik pada soalan untuk muat turn jawapan tersebut ke PC anda. Jika anda tidak mempunyai perisian untuk memain format ini, gunakan Realplayer Alternatif yang boleh di muat turun disini.
Untuk menukar format ini kepada Format MP3 anda boleh menggunakan Perisian “Free-RM-to-MP3_Converter" yang boleh dimuat turun disini
· Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan dan Hajat
· Doa Supaya Allah Mencukupkan Keperluan Diri dan Keluarga
· Penawar Supaya Dapat Menjauhi Maksiat
· Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)
· Amalan Supaya Dimudahkan Membayar Hutang
· Doa Supaya Segala Yang Susah Menjadi Mudah
· Selawat Munjiyyah
· Ayatul Mahabbah (Doa Supaya Dikasihi)
· Doa Untuk Mereka Yang Bakal Mengerjakan Haji
· Doa Segala Penawar Penyakit
· Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)
· Doa Apabila Menghadapi Perkara Yang Sulit
· Doa Ketika Berada Di dalam Kesusahan
· Doa Supaya Dimudahkan Membayar Hutang dan Tertunai Hajat
· Doa Supaya Apa Yang Dihafal Tidak Lupa
· Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar
· Doa Mohon Keampunan Dan Kesayangan
· Doa Mohon Keampunan Dan Dijauhkan Dari Segala Kejahatan
· Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga
· Doa Mohon Keringanan Dan Kemudahan
· Doa Atasi Fobia dan Atasi Rasa Dada Berdebar-debar
· Doa Mohon Ditetapkan Pendirian
· Doa Mohon Kemuliaan Dan Ketaatan
· Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit (1)
'Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada [pula] berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.'
(Q.S Al-Ahqaf[46]:13-14)
"Barangsiapa yang ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu(Adam), dan anak hamba perempuanMu(Hawa), Ubun-ubunku ada ditanganMu, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib disisiMu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya didadaku, pelenyap duka dan kesedihanku ". Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan."
(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada: Pengarang Rencana, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. |
SAYA sudah berkahwin dan ada tiga anak. Pendapatan saya lebih besar daripada isteri, namun perbelanjaan keluarga dikongsi.
SAYA gadis berusia 25 tahun dari sebuah negeri di pantai timur, bekerja sebagai pegawai kerajaan, berpendidikan tinggi dan dilahirkan dalam keluarga sederhana, malah boleh dikatakan berada oleh sesetengah orang.
SAYA bakal memperoleh anak sulung tahun depan. Saya terbaca larangan Islam untuk memberikan nama berunsur kemewahan dan menunjukkan nasib yang baik seperti Rabah (sangat beruntung) dan Yasar (sangat mewah).
SAYA ada kemusykilan mengenai kisah ‘cari duit’ di In ternet. Ini kerana banyak promosi kaedah mencari duit melalui Internet yang saya perhatikan dan ia kelihatan sungguh menarik tetapi adakah ia betul-betul boleh di percayai?
KELUARGA saya terbeban dengan banyak hutang, malah ada ketika wang gaji tiada baki langsung. Ini menyukarkan saya untuk membeli makanan, lebih-lebih lagi untuk menampung perbelanjaan adik yang masih kecil.
APAKAH hukum wanita yang datang haid memasuki masjid untuk majlis perkahwinan?
SAYA mengenali seorang gadis dan berkawan dengannya beberapa tahun. Saya bercadang mengahwininya tetapi gadis berkenaan tidak mempunyai banyak ciri-ciri sebagai wanita idaman saya, membuatkan kerap berlaku perselisihan faham.
SAYA berkahwin kira-kira setahun lalu dan kini me ngandung tujuh bulan. Saya sering menghadapi masalah dengan suami, malah selalu bertengkar kerana dia terlalu curiga dan cemburu terutama membabitkan bekas kekasih saya bernama Z.
DALAM surah Yasin iaitu pada ayat ke-80 ada membawa maksud: “Tuhan yang menjadikan api (boleh didapati ) dari pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon itu...”
SAYA ada kemusykilan mengenai belajar dan mengajar tarian serta menari. Apakah hukumnya di sisi Islam? Apakah terdapat kisah berkaitan yang boleh dijadikan pedoman?
APABILA saya membuang air kecil, ia tidak keluar sepenuhnya, iaitu tidak lawas. Bagaimana hendak mengatasi perkara ini supaya wuduk dan pakaian saya boleh digunakan lama contohnya pakaian kerja.
SAYA ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan masalah cerai dan rujuk tanpa saksi. Apakah sah rujuk itu dan haruskah dimaklumkan kepada mahkamah syariah? Jika tidak dilaporkan adakah ia menjadi satu kesalahan atau kemudaratan?
SAYA berumur 21 tahun. Ketika kanak-kanak saya pernah diperkosa saudara sendiri. Sekarang saya trauma.
SAYA akan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Masalahnya sepanjang bercinta dengan dia, saya pernah melakukan kesilapan iaitu bermesra dengan lelaki lain kerana tidak berfikiran panjang dan mengikut perasaan semata-mata tetapi tidak sampai melakukan zina.
SAYA ada seorang teman istimewa yang masih belajar di sebuah maktab perguruan, manakala saya sudah bekerja. Kami tidak pernah berjumpa tetapi kami mengenal hati budi masing-masing selama setahun lebih.
SAYA dan isteri mempunyai masalah yang agak rumit. Baru-baru ini saya melafazkan perkataan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: “Mintalah. Aku terus bagi je. Biar menyesal tak pe. Pasal dah tak boleh nak rujuk. Kau mintalah aku nak sangat dengar. Demi Allah aku lepaskan kau kalau minta sekarang.”
PADA malam awal Muharram lalu saya bermimpi ke Tanah Suci dan memimpin tangan seorang budak, tidak pasti sama ada lelaki atau perempuan. Cuma yang saya ingat ada orang bertanya sama ada budak terbabit hamba saya atau tidak dan saya menjawab ‘tidak, hanya kawan’.
KETIKA menjalani latihan satu program khidmat negara, saya ada pegang najis anjing yang kering secara tidak sengaja. Kemudian, saya samak tangan. Tetapi hingga kini saya musykil, apakah perlu disamak apabila terkena najis yang kering?
BARU-baru ini saya berjaya berhenti merokok, tetapi saya tercabar apabila melihat orang lain seperti di kalangan yang bergelar 'ustaz' merokok. Seseorang memberitahu saya merokok itu adalah makruh dan tidak tergolong dalam dosa kecil.
SAYA berumah tangga sejak 1990-an dan memperolehi seorang anak. Sejak lima tahun lalu hubungan saya dengan suami hambar, malah kami tidak lagi tidur bersama sepanjang tempoh itu, namun masih tinggal sebumbung.
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada: Pengelola Mimbar, Metro Ahad, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. |
BARU-BARU ini saya mendengar temubual seorang pensyarah agama di radio. Menurut pensyarah sebuah institusi pengajian Islam itu, umat Islam boleh mengerjakan sembahyang jamak di luar waktu musafir.
SAYA berumur 31 tahun dan masih bujang. Awal tahun ini saya berkenalan dengan seorang lelaki dan kini mulai sayang padanya.
BOLEH Datuk terangkan mengenai anak susuan? Adakah ahli keluarga terdekat seperti kakak (yang sudah berkahwin) boleh menyusukan adik sendiri, terutama apabila ibu menghidap penyakit?
BEBERAPA tahun lalu saya mengambil seorang anak angkat lelaki. Ketika umurnya tiga tahun, saya menukar nama ibu bapa kandungnya kepada nama ibu dan bapa angkat sekarang (saya dan suami).
SAYA wanita berusia 50 tahun, berkahwin pada 1981 dan ada lima anak — tiga bekerja dan dua bersekolah. Walaupun suami mengabaikan tanggungjawabnya, kami mampu hidup sederhana dengan pendapatan saya sebagai pencuci tandas untuk menampung perbelanjaan keluarga.
ADIK perempuan saya meninggal dunia dua bulan lalu akibat komplikasi ketika hamil. Ketika kandungan masuk bulan kelapan, doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia. Adik saya tidak sedarkan diri selepas bayi dikeluarkan dan dia meninggal dunia keesokannya.
SAYA akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya ingin tahu, bilakah waktu atau hari yang diharamkan suami isteri melakukan hubungan kelamin selain waktu haid?
ADA beberapa perkara yang mengelirukan saya. Bolehkah kita menggantung gambar keluarga atau perkahwinan sebagai hiasan di ruang tamu dan menjadi tatapan tetamu?
APAKAH hukum isteri yang suka bercerita mengenai keburukan suami pada saudara mara, malah pernah mengaku menyesal berkahwin dengan suaminya?
BARU-BARU ini saya menerima SMS yang memberitahu kononnya pendakwah terkenal berkata planet marikh iaitu planet paling dekat dengan bumi, mengalami pusingan terbalik pada September lalu.
SAYA berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Ketika perkahwinan masuk bulan kedua, saya dan suami mengambil anak angkat, iaitu anak saudara suami yang lahir di luar ikatan perkahwinan (anak luar nikah).
SAYA melabur dalam sebuah syarikat berasaskan pertanian sebanyak RM10,000. Pihak syarikat berjanji akan memberi dividen sebanyak 30 peratus setiap bulan secara tetap selama 10 tahun. Saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan.
SAYA sudah berkahwin lima tahun dan ada dua anak. Suami saya mempunyai tabiat pelik iaitu suka mencuri.
SAYA remaja lelaki berumur awal 20-an. Masalah saya ialah selalu berasa was-was, terutama ketika menunaikan ibadat. Apa harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
SAYA berusia 26 tahun dan ada tiga anak. Sejak akhir-akhir ini perkahwinan saya terasa panas, apatah lagi dengan sikap suami yang kedekut. Untuk minta belanja dapur dan sekolah anak pun kami bertengkar besar.
SAYA ingin tahu adakah berdosa membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya? Kadangkala saya baca al-Quran bersama terjemahan, tetapi ada beberapa yang tidak difahami. Jadi adakah memadai jika membaca al-Quran kemudian baca terjemahan walaupun ada beberapa bahagian yang kurang jelas?
SEJAK kebelakangan ini kawasan perumahan saya sering berlaku kecurian, walaupun ada rondaan pengawal keselamatan. Pernah pada satu malam lima rumah dimasuki pencuri dan antara mangsa ialah dua jiran saya.
RAMAI tahu sedekah sangat dituntut dalam Islam untuk membersihkan harta dan membantu sesama insan. Apabila disebut sedekah, kebanyakan orang hanya beranggapan ia di dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.
SAYA berusia 25 tahun dan ada dua cahaya mata. Saya berkahwin pada usia muda dan mendapat bantahan kerana keluarga menganggap suami bukan lelaki baik.
KETIKA berumur awal 20-an, saya pernah berpuasa di antara waktu haid (maknanya dalam tempoh tujuh hingga lapan hari haid, di tengahnya ada dua atau tiga hari tiada darah). Hanya baru-baru ini saya diberitahu bahawa puasa berkenaan tidak sah dan perlu diqada.
Lagi...
No comments:
Post a Comment