Baner Fund

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku




DOA MURAH REZEKI ~wajar diamalkan setiap waktu…

Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit,maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia,dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kam ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia;dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan,
kepemurahan dan kebaikanMu,dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...





Sabar


sABaR iTu kUnCi KEjayAaN
Sabar itu separuh daripada iman
syukur dan sabar adalah kunci kehidupan
sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan
pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas
Sabar Kunci Sukses

Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran, Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar

Tujuh kalimat Mudah Disebut... Besar ganjaran pahalanya...


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa

Diantara Amalan Harian Seorang Muslim

  1. Mendirikan solat Fardu 5 kali sehari
  2. Membaca dan mengkaji Al-Quran
  3. Mendirikan solat-solat Sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, sebelum dan selepas solat fardu, Dhuha dan Witir
  4. Mengingati Allah seperti membaca zikir al-mathurat, istigfar, tahmid dan tahlil
  5. Mengingati mati
  6. Mencari rezeki yang halal
  7. Mendidik anak-anak
  8. Menguruskan rumah-tangga
  9. Menuntut ilmu
  10. Melaksanakan akhlak mulia
  11. Menjauhi sifat-sifat yang dikeji
  12. Melaksanakan da'wah
  13. Mengikuti sunnah Nabi dalam melakukan suatu perkara
  14. Membaca doa dalam setiap perbuatan yang harus

Saturday, May 24, 2008

Hubungan Sejenis Di Zaman Nabi Luth


MENURUT ahli sejarah, Nabi Luth ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Baginda telah berdakwah bersama-sama dengan Nabi Ibrahim sebelum diperintahkan oleh Allah untuk pergi ke Sodom.

Baginda tinggal bersama-sama dengan kaumnya di Sodom sambil menyeru mereka untuk menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang jahat.

Kehidupan penduduk Sodom penuh dengan dosa dan maksiat. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kejahatan seperti merompak, membunuh dan menganiayai orang lain. Salah satu kejahatan mereka yang terkutuk adalah melakukan hubungan sesama jenis. Isteri Nabi Luth sendiri turut menderhaka dan menyokong perbuatan keji kaumnya.

Mereka hidup dalam keadaan begitu hinggalah berpuluh-puluh tahun lamanya. Kejahatan dan kemungkaran mereka bukan berkurangan tetapi semakin menjadi-jadi. Kerosakan yang dibuat oleh kaum Luth sangat hebat.


Allah SubhanAllah Wa Taala. telah memerintahkan Nabi Luth untuk membimbing kaumnya supaya menyembah Allah dan beriman kepada-Nya. Dengan segera Nabi Luth pergi menemui kaum baginda untuk mengajak mereka meninggalkan perbuatan yang keji itu.

“Sesungguhnya aku ialah rasul utusan Allah SubhanAllah Wa Taala.. Hendaklah kamu semua takut dengan kemurkaan Allah. Sesungguhnya kamu semua daripada golongan lelaki yang melepaskan nafsu kamu kepada lelaki lain, bukannya kepada wanita. Sesungguhnya kamu ialah kaum yang melampaui batas,” kata Nabi Luth kepada kaumnya.

Akan tetapi kaumnya itu tidak mengendahkan seruan dan peringatan baginda. Walau bagaimanapun, Nabi Luth tidak berputus asa. Baginda terus-menerus memberikan nasihat dan peringatan kepada kaumnya.


Namun, kaumnya itu tidak mengendahkan peringatan dan nasihat baginda malah mereka memarahi dan mengejek segala seruan yang disampaikan oleh Nabi Luth. Mereka mencari jalan supaya nabi Luth tidak lagi mengulangi seruannya.

Mereka juga menentang dakwah dan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth. Kaum Nabi Luth benar-benar telah sesat.

“Wahai kaumku, sesungguhnya kamu telah melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu,” seru Nabi Luth kepada kaumnya dengan penuh kesabaran.

Mereka sama sekali tidak menghiraukan nasihat yang diberikan oleh Nabi Luth. Mereka menganggap Nabi Luth dan para pengikutnya sebagai golongan yang berpura-pura untuk menunjukkan kesucian hidup mereka. Mereka berazam untuk menghalau Nabi Luth dan para pengikutnya agar perbuatan keji mereka tidak lagi dibantah atau ditentang.


Nabi Luth meminta kaumnya bertaubat. Baginda menceritakan tentang azab Allah yang bakal ditimpakan kepada mereka yang melanggar perintah Allah serta melakukan perbuatan yang keji. Walau bagaimanapun, peringatan daripada Nabi Luth tetap tidak dipedulikan oleh kaumnya yang telah hilang pedoman.

Mereka tergamak mencabar Nabi Luth agar berdoa supaya Allah mendatangkan azab kepada mereka.

“Datangkanlah kepada kami azab daripada orang-orang yang benar,” jawab kaumnya dengan bongkak.

Nabi Luth berserah diri kepada Allah SubhanAllah Wa Taala.. Baginda telah berusaha memimpin kaumnya ke jalan yang benar tetapi tidak berhasil.


Khai_________________
Tunjangkanlah resahmu di dada SOLAT... himpunkan peritmu di genggaman DOA... tutupi kekecewaanmu dgn keTAQWAan... dan nilaikan kesucian hatimu dgn keIKHLASan...
Petikan Dari -Hadis Dan Tazkirah (Kedahonline.net)

No comments:

AGAR SELALU TIDAK MERASA LEBIH DARI ORANG LAIN

1. Agar kita tidak merasa lebih baik dari orang lain atau 'ujub dalam beribadah ada beberapa cara yang harus kita tempuh. Di antaranya adalah dengan melihat orang yang lebih baik kualiti agamanya dari kita, baik orang-orang yang ada


pada zaman sekarang atau dari orang-orang yang terhadulu, terutama para salafus shalih, seperti para nabi, para sahabat, para tabi'in, ulama dan sebagainya. Jika kita bandingkan ibadah kita dengan mereka, maka ibadah kita tidak ada apa-apanya. Bahkan Rasulullah pernah bersabda; "Andaikan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud tidak akan menyamai satu mud atau setengah mud infak mereka."


2. Menyedari bahawa tidak ada yang diuntungkan dengan ibadah kita selain diri kita sendiri. Ertinya jangan mempunyai pemahaman bahawa kita telah berjasa kepada Allah, Islam, Rasulullah, dan lain-lain dengan ibadah yang kita lakukan.
Yang diuntungkan dengan ibadah kita adalah kita sendiri, juga jika kita tidak
beribadah tidak ada yang dirugikan selain diri kita sendiri.

3. Menghayati ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah yang menjelaskan bahawa
berbangga dan 'ujub dengan ibadah adalah perkara yang akan merosakkan ibadah itu
sendiri. Di antara dalil-dalilnya adalah sebagai berikut: "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk
kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak
bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
Q.S Al-Baqarah : 264

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tiga perkara yang membinasakan: Sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan seseorang merasa bangga dengan dirinya." HR. Abu Daud dan Ibnu Majah

4. Berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar kita diselamatkan dari sifat
tersebut. Semuga Allah menyelamatkan kita semua dari penyakit hati yang akan
merosakkan seluruh usaha dan pengorbanan yang kita lakukan agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat. Amiin.

Wallahua'alam Bisshawab

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH DALAM DIRI

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Lidah tergamam apabila tangan bertutur..

Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.

Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun di dataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .

Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.

Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.”

Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.

Ketika manusia terdampar di dataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu dan bersikap dingin terhadap seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.

Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud:

“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.

Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Di hari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.

Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat.

Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.

Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.

Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.

Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?

Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan di lautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.

Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.

Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka( wal iyazu billah)

Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya”Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan?”

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaityu Adam a.s. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31; ”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”.

Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud:

“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud:

‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.

Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w;yang bermaksud:

“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.

Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.

Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.

Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud; “Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu”. Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulitpun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.

Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65;yang bermaksud ……”Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu.

Diet Ala Rasulullah S.A.W

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa................................. Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

Semua Orang Pasti Mati

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini sebab tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis Asma(nama)Ku di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dantidak di langit hingga hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangian).

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah."

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..



Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku

Hari Ini,....

Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Kaabah : Pusat Bumi

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.



Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kahirah, Mesir

Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.



Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail a.s berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

RAHSIA TELAGA ZAM ZAM

RAHSIA TELAGA ZAM ZAM - 1 (Geologi)

Dispenser for Zamzam waterSelama ini kita mengenal Telaga Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada disisi ilmiah saintifiknya sangat baik. Cabang ilmu geologi yang mempelajari tentang air adalah hydrogeologi.

Khasiat air Zam-zam tentunya bukan disini yang mesti menjelaskannya, tapi kalau sejarah geologi Telaga Zam-zam mungkin boleh dijelaskan disini. Sedikit cerita Pra-Islam, atau sebelum kelahiran Nabi Muhammad, diawali dengan kisah Isteri dari Nabi Ibrahim, Siti Hajar, yang mencari air untuk anaknya.

Telaga Zam-zam yang sekarang ini kita lihat adalah Telaga yang digali oleh Abdul Muthalib Datoknya Nabi Muhammad.

Dimensi dan Profil Telaga Zam-zam

Bentuk Telaga Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.

zam-zam.jpgTelaga ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batupasir hasil transportasi dari lain tempat. Mungkin saja dahulu ada lembah yang dialiri sungai yang saat ini sudah kering. Atau dapat pula merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.

Dibawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat ber air (permeable). Lapisan yang sangat ber air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di Telaga Zam-zam.

kabah21.jpgKedalamannya 17 meter kebawah selanjutnya, Telaga ini menembus lapisan batu keras yang berupa batu beku Diorit. Batu beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di tempat lain, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bahagian atas batu ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air. Dulu ada yang menduga retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada laporan geologi yang menunjukkan hal itu.

Dari uji pemompaan telaga ini mampu mengalirkan air sebesar 11 - 18.5 liter/detik, hingga seminit dapat mencapai 660 liter/permenit atau 40 000 liter per jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan panjang 75 cm denga ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.

Keterangan geometris lainnya, celah Telaga dibawah tempat Thawaf 1.56 m, kedalamannya hampir dari bibir telaga 30 m, kedalaman air dari bibir telaga = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar telaga 17 m, dan diameter telaga berkisar antara 1.46 hingga 2.66 meter.


Air hujan sebagai sumber

cekungan-makah.jpg

Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas cekungan yang melengkung sebagai daerah tangkapan ini seluas 60 Km2 saja, tentunya tidak terlampau luas sebagai sebuah cekungan penadahan hujan. Sumber air Telaga Zam-zam terutama dari air hujan yang turun di daerah sekitar Makkah.

Telaga ini secara hydrologi hanyalah Telaga biasa sehingga sangat memerlukan perawatan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualiti higienis air dan lingkungan Telaga serta menjaga pasokan air supaya mampu memenuhi keperluan para jamaah haji di Makkah. Pembukaan lahan untuk timggal di sekitar Makkah sangat dijaga rapi untuk menghindari berkurangnya kapasiti Telaga ini.

Wadi Ibrahim catchment area after development of MakkahGambar disebelah ini memperlihatkan lokasi Telaga Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bagian tengah diantara perbukitan-perbukitan disekitarnya. Luas kawasan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat langka terjadi di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat khusus.

zamzam-jaman-dulu.jpgDahulu diatas Telaga ini terdapat sebuah bangunan dengan luas 8.3 m x 10.7 m = 88.8 m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini ditiadakan untuk memperluas tempat thawaf. Sehingga tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 paip air (220 paip untuk laki-laki dan 130 paip untuk perempuan), ruang masuk laki perempuan-pun dipisahkan.

kabah21.jpgSaat ini bangunan diatas Telaga Zam-Zam yang terlihat gambar diatas itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah inipun sudah ditutup. Sehingga ruang untuk melakukan ibadah Thawaf menjadi lebih luas. Tetapi kalau anda Thawaf masih dapat kita lihat ada tanda dimana Telaga itu berada. Telaga itu terletak kira-kira 20 meter sebelah timur dari Ka’bah.

Montoring dan pemeliharaan Telaga Zamzam

3D model Kabah 2006Jumlah jemaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya 400 000 pertahun (ditahun 1970-an), terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jemaah pertahun di tahun 1990-an, Dan saat ini sudah lebih dari 2.2 juta. Tentunya diperlukan pemeliharaan telaga ini yang merupakan salah satu keajaiban dan daya tarik tersendiri bagi jemaah haji.

Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat diam pasrah saja membiarkan telaga ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah moden secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurus telaga Zamzam ini. Sepertinya memang Arab Saudi juga bukan sekedar percaya saja dengan menyerahkan ke Allah sebagai penjaga, namun justru sangat meyakini manusialah yang harus memelihara berkah telaga ini.

Pada tahun 1971 dilakukan penelitian (riset) hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Hal ini dipicu oleh pernyataan seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar air limbah dan berbahaya untuk dikonsumsi. Tariq Hussain juga meragukan spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Telaga Zam-zam, karena Makkah terletak 75 Kilometer dari pinggir pantai. Menyangkut dugaan doktor mesir ini, tentusaja hasilnya menyangkal pernyataan seorang doktor dari Mesir tersebut.

Pumping system of  Zamzam well

Badan Riset Telaga Zamzam yang berada dibawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk

  • Memonitor dan memelihara untuk menjaga jangan sampai telaga ini kering.
  • Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim karena mempengaruhi pengisian air.
  • Mengatur aliran air dari daerah tangkapan air (recharge area).
  • Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualiti melalui bangunan kawalan.
  • Menaik taraf pam dan dan tangki-tangki penadah.
  • Mengoptimam bekalan dan pengagihan air Zam-zam

Perkembangan perawatan Telaga Zamzam.

Glass enclosure surrounding the well-head

Dahulu kala, zamzam diambil dengan gayung atau timba, namun kemudian dibangunlah pam air pada tahun 1373 H/1953 M. Pam ini menyalurkan air dari Telaga ke penampungan air, dan diantaranya juga ke paip-paip yang ada di sekitar Telaga zamzam.

Uji pam (pumping test) telah dilakukan pada telaga ini, pada penyaluran 8000 liters/detik selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air telaga dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu penyaluran dihentikan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan telaga hanya dalam waktu 11 minit setelah pam dihentikan. Sehingga dipercaya dengan mudah bahwa sumber yang membekalkan air ini berasal dari beberapa celah (rekahan) pada perbukitan disekitar Makkah.

Banyak hal yang sudah dilakukan pemerintah Saudi untuk memelihara telaga ini antara lain dengan membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). dan saat ini telah membangun saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke tangki penampungan yang berkapasiti 15.000 m3, bersambung dengan tangki lain di bagian atas Masjidil Haram guna melayani para pejalan kaki dan musafir. Selain itu air Zam-zam juga diangkut ke tempat-tempat lain menggunakan trak tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.

Old style drum hydrograph used for recording levels in the Zamzam WellSaat ini telaga ini dilengkapi juga dengan pam elektrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump). Kita hanya dapat melihat foto-fotonya saja seperti diatas. Disebelah kanan ini adalah drum hidrograf, alat pengukur ketinggian muka air Telaga Zamzam (Old style drum hydrograph used for recording levels in the Zamzam Well).

Kandungan mineral

Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zamzam in memang unik mengandung elemen-elemen alamiah sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen kimiawi yang terkandng dalam air Zamzam dapat dikelompokkan menjadi

  • Yang pertama, positive ions seperti misal sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).
  • Kedua, negative ions misalnya sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).

Kandungan-kandungan elemen-elemen kimiawi inilah yang menjadikan rasa dari air Zamzam sangat khas dan dipercaya dapat memberikan khasiat khusus. Air yang sudah siap saji yang bertebaran disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan air yang sudah diproses sehingga sangat aman dan segar diminum, ada yang sudah disejukkan dan ada yang panas. Namun konon proses higienisasi ini tidak menggunakan proses kimiawi untuk menghindari perubahan rasa dan kandungan air ini.

tambahan Berita :

Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.

Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;

"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.

Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

AWAS, Cara Mengenal Usus B.A.B.I

Logo Halal tidak semestinya menjamin barangan tersebut
diperbuat daripada sumber yang halal. Pelbagai bentuk
penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang tidak
bertanggung jawab. Sebagai pengguna Islam kita
haruslah sentiasa mempelajari ilmu pemakanan, halal
dan haram dalam Islam kerana setiap kita akan
dipertanggungjawabkan kelak.



Bagaimana kita hendak mengenali sosej itu menggunakan
usus biri-biri, khinzir atau lembu. Berikut adalah
sebagai panduan sahaja daripada maklumat yang
diperolehi dari internet :

Sosej dari usus biri-biri – Saiz garispusat (diameter)
sosej kurang daripada 20 mm
Sosej dari usus khinzir - Saiz garispusat (diameter)
sosej antara 20 mm ke 36 mm
Sosej dari usus lembu - Saiz garispusat (diameter)
sosej lebih daripada 36 mm

Maha Suci Allah yang menjadikan saiz usus haiwan
berbeza-beza seperti mana kejadian kulit khinzir yang
bertompok tiga.

( Kenalah bawa pembaris atau vernier caliper kalau nak
pergi pasaraya atau restoran makanan segera

Pedoman Dan Panduan Dari Harian Metro Online

  • An-Nur: Tertib cerai isteri
  • Perceraian jalan terakhir yang disediakan Islam bagi pasangan suami isteri yang bermasalah sama ada ketidakserasian atau masalah lain berkait dengan kezaliman, tidak tunai tanggung jawab.

  • Pedoman: Jambatan Siratul Mustaqim ke syurga di atas neraka
  • SETIAP umat manusia yang menuju ke syurga akan meniti Siratul Mustaqim yang terbentang di atas permukaan neraka. Neraka tempat dijanjikan Allah pada manusia yang mengingkari larangannya.

  • Anggun: Busana romantika
  • KOLEKSI busana muslimah oleh Radzuan Radziwill me nampilkan konsep romantika dengan penggunaan warna lembut. Motif rekahan dan garisan ditonjolkan melalui kemasan manik dan labuci sama ada pada warna yang senada dengan fabrik atau rona kontras untuk kelihatan lebih menyerlah.

  • Anggun: Kaedah kejut anak tidur
  • SETIAP insan mahu memulakan hari dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, dikhuatiri ia merosakkan mood sepanjang hari.

  • An-Nur: Urus niaga kerajaan, rakyat
  • ADA pihak datang kepada saya berkenaan isu riba yang dikenakan kerajaan lalu berkata: “Bukankah tiada riba di antara negara atau kerajaan dengan rakyat, sebagaimana tiada riba antara tuan dengan hambanya?”

  • An-Nur: Meniti titian sirat bergantung pada amalan
  • SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim.

  • An-Nur: Bank konvensional ciptaan kapitalis
  • ADA yang berhujah dengan saya kononnya riba di institusi kewangan Islam atau konvensional tidak mahal. Ada pula mengatakan riba sekadar tiga peratus bagi pinjaman rumah dan pelajaran tidak sewajarnya diharamkan kerana ia memberi manfaat kepada peminjam. Justeru, ia tidak riba kerana tidak zalim dan memperoleh reda kedua-dua pihak.

  • Pedoman: Rasulullah dikurnia syafaat
  • MANUSIA dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Allah sebelum masing-masing menerima hukuman dan pembalasan sama ada di syurga atau neraka.

  • Anggun: Dengar anak cakap
  • JIKA mendapat anak pendiam, kita sering menggelarnya ‘berat mulut’ dan risau dengan perkembangan itu. Lebih-lebih lagi jika dia baru melangkah ke alam persekolahan, tidak pernah mengadu apa-apa mengenai kejadian yang berlaku di sekolah, tetapi sering pulang ke rumah dengan calar dan luka serta pakaian kotor. Pasti terdetik di hati ibu bapa sama ada anaknya menjadi mangsa buli.

  • An-Nur: Zalim bukan penentu riba
  • RAMAI terkeliru dalam hal ini apabila mengatakan setiap kezaliman dalam urusan kewangan adalah riba. “Bukankah riba itu diharamkan kerana zalimnya,” kata seorang pelajar sarjana syariah pada saya.

  • An-Nur: Dahsyat azab pemakan riba
  • TIDAK dinafikan, sudah diketahui umum bahawa syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat al-Quran bermaksud:

  • Pedoman: Tanda besar kiamat
  • JIKA tanda kecil adalah satu peringatan awal kepada umat manusia bahawa janji Allah mengenai kiamat dan hari pengadilan itu sesuatu yang benar, ada lagi alamat sebelum terjadinya kiamat peringkat kedua dengan kejadian lebih besar dan menakutkan.

  • Anggun: Mainan rangsang deria anak
  • SI kecil leka menghisap hujung bantal sehingga basah. Di beberapa bahagian lain bantal bayi berusia enam bulan itu turut basah, menandakan si kecil berulang kali melakukan tabiat berkenaan.

  • Anggun: Seri bunga
  • BERSESUAIAN dengan mood musim panas dan bunga, Butik Innai bermain dengan motif bungaan dan warna ceria bagi koleksi terbarunya.

  • An-Nur: Hukum skim ‘kutu’
  • “Ustaz, saya nak tanya mengenai permainan kutu. Sekali pandang, nampak halal. Begini, pekerja di pejabat saya main ‘kutu’. Satu kepala atau seorang RM100, seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat RM1,100 (campur RM100 duit sendiri) setiap bulan.

  • An-Nur: Tanda kecil kiamat
  • MINGGU lalu kita diberikan sedikit gambaran mengenai kiamat. Betapa dahsyatnya hari sangkakala ditiup dan setiap makhluk bernyawa di dunia ini akan menemui ajal.

  • Elak berjanji
  • “IBU, tolong bacakan buku cerita ini untuk adik.” “Kalau nak minta ibu bacakan buku cerita, adik kena siapkan kerja sekolah dulu.” “Okey. Nanti adik siapkan, tapi janji tau!” “Okey, ibu janji.”

  • An-Nur: Bertaruh dalam sukan
  • Ada ulama cuba menganggap permainan atau pertandingan beserta hadiah sebagai ‘Wa’d Bi Tabarru’ atau janji untuk bersedekah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasifikasinya sebagai aqad mu’awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. (Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

  • An-Nur: Kiamat sudah dekat
  • “SESUNGGUHNYA hari kiamat itu sangat dahsyat. Pada hari itu, setiap ibu lupa pada anaknya, perempuan yang hamil gugur anaknya, engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, bukan kerana mabuk minuman keras, melainkan kerana seksaan Allah yang sangat pedih.” (al-Haj: 1 — 2).

  • Anggun: Nilai kasih berbeza
  • SEBAGAI manusia biasa, sikap pilih kasih mungkin tidak dapat dielakkan, walaupun ibu bapa cuba berlaku adil dengan tidak membezakan kasih sayang untuk anak mereka.

  • Pedoman: Terkejut isteri cantik
  • DI sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, berasal daripada keturunan Imam Hasan ra.

  • An-Nur: Hukum cabutan bertuah
  • APAKAH hukum cabutan bertuah? Adakah ia judi? Soalan sebegini banyak saya terima. Cabutan bertuah ada pelbagai jenis. Ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini, saya cuba dedahkan beberapa jenis cabutan bertuah dan hukum setiap satunya.

  • An-Nur: Tiada pakaian seksi
  • DI dalam Islam, hak berpakaian bukan milik mutlak kita. Hak terutama dan yang tertinggi adalah hak Allah. Sama ada suka atau tidak, sesuatu hukum yang ‘putus’ seperti larangan zina, riba, tinggal solat dan menutup aurat tidak boleh berubah mengikut zaman.

  • An-Nur: Sanggup bunuh demi harta
  • DULU ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu.

  • Seksaan kerana abai solat
  • “ORANG-orang kafir itu disempitkan kuburnya sampai remuk tulang-belulangnya. Demikian itulah kehidupan yang sempit, penuh dengan kecelakaan dan kesengsaraan.” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Hibban) Begitulah seksaan kubur bagi golongan kafir dan ingkar terhadap Allah.

  • An-Nur: Malas baca kontrak

HUBUNGAN antara makhluk dengan penciptanya dihubung melalui ibadat solat dan doa. Melalui ibadah khusus ini, kita memperoleh kekuatan untuk menghadapi segala macam cabaran.

An-Nur: Usah mudah 'dibeli'

    DI dalam Islam, menerapkan dan berusaha mewujudkan nilai unggul dalam sesebuah negara menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat.

BAK kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman,
walaupun masa perjalanan itu ringkas dan padat.

  • An-Nur: Rezeki halal jadi haram
  • MENERUSI e-mel dan soalan yang kerap saya terima, berikut antara beberapa jenis untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri pekerjaan, sama ada kerajaan, swasta, persatuan, sekolah dan parti politik

  • Pedoman: Usah tangguh bertaubat
  • “SESUNGGUHNYA Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi nyawa belum sampai di halkum (iaitu belum sakaratulmaut).” Begitulah maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi.

  • Anggun: Didik anak arus kini
  • MALAYSIA mengeluarkan kereta nasional pada 1985 dan sejak itu negara mula menjadi negara industri. Pembangunan begitu pantas dan pada 1990-an, kita mula mengenali kesesakan lalu lintas. Sebelum era itu kehidupan masyarakat kita ringkas, dengan kebanyakan wanita menjadi suri rumah menguruskan suami dan persekolahan anak.

  • Pedoman: Sentiasa ingat mati
  • "SAUDARAKU, begitu ramai manusia mencintai dunia. Jika dibenarkan, mereka tidak mahu mati. Mereka jauh daripada agama, apatah lagi memikirkan soal mati dan akhirat.

  • An-Nur: Pinjam dan jual
  • MINGGU ini saya ingin berkongsi soalan dan jawapan saya berkenaan komisen wakil dan jualan aset dengan cara meminjam aset orang lain. Soalan yang saya terima seperti berikut: “Saya hendak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kepada kawan saya A dengan harga RM30 satu.

  • An-Nur: Hukum urus niaga Forex
  • RAMAI bertanya saya berkenaan hukum urusniaga ‘forex’ (dagangan tukaran mata wang asing) yang dibuat melalui Internet.

  • Anggun: Susu ibu semai kasih
  • RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.

  • An-Nur: Tanggungjawab siapa?
  • JIKA anda masih berpegang pendapat beberapa ilmuan syariah di Malaysia yang membenarkan, ia terpulang kepada anda dan harus bagi orang awam. Namun, anda perlu memahami kesan dan akibat jika rumah itu terbengkalai.

  • An-Nur: Status caj PTPTN
  • LAPORAN akhbar mengenai caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik perhatian saya. Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya.

  • Pedoman: Waspada sambut tahun baru
  • TENGAH malam esok akan bergemalah pekikan menyambut tahun baru. 2007 bakal meninggalkan kita tepat jam 12.01 tengah malam, diganti dengan 2008. Seperti amalan biasa, seluruh dunia akan bergembira menyambut kehadiran tahun baru. Sering kita lihat ada pesta nyanyian dan pelbagai hiburan.

  • Pedoman: Sunnah nabi tanda kasih
  • RAMAI antara kita mengaku mencintai Rasulullah SAW. Namun, berapa ramai antara kita benar-benar beriman dan mengikuti ajarannya dengan menjadikan as-sunnah sebagai sebahagian daripada kehidupan dan meninggalkan perkara yang dilarang ‘Kekasih Allah’ itu.

  • An-Nur: Punca pinjaman ditolak
  • MINGGU ini adalah siri terakhir jawapan saya kepada banyak soalan yang diterima daripada umat Islam yang keliru selepas permohonan pinjaman mereka dengan bank Islam ditolak.


Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah


(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2


[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3

[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4


[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Doa Harian



Doa-doa mashyur ketika melakukan amalan harian

1. Doa Ketika Bangun Tidur

Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali."

2. Doa Ketika Memakai Dan Menanggalkan Pakaian

Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."

3. Doa Keluar Atau Memasuki Rumah
(Ketika keluar dari Rumah)

(Ketika masuk rumah)

Ertinya:"Ya Allah aku bermohon kepadamu sebaik-baik tempat ,masuk dan sebaik-baik tempat keluar; dengan nama Allah kami masuk dengan nama Allah juga kami keluar dan kepada Allah,Tuhan kami, kami bertawakal (berserah diri)"

5. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas
(Ketika Masuk Tandas)

Ertinya:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari gangguan syaitan jantan dan betina"

(Ketika Keluar Tandas)

Ertinya:"Aku mohon ampun pada Engkau wahai Tuhanku, segenap puji bagi Allah yang mengelakkan bahaya itu daripadaku serta menyihatkan badanku."

6. Doa Ketika Berwuduk Mandi Dan Azan
(Ketika Berwuduk)
"Ya Allah, ampunilah dosaku dan luaskanlah rumahku dan berilah berkat dalam rezekiku."

(Ketika Selesai Berwuduk)
"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa serta tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari orang-orang yang bersuci."

(Ketika Selesai Azan)
"Ya Allah ,Tuhan yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad SAW kedudukan dan keutamaan dan bangkitkanlah baginya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan."

7. Doa Ketika Makan
(Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan)

Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."

(Ketika Selesai Makan)

Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin."

8. Doa Apabila Bermimpi
(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)
"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"

(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)
"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."

(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)
"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada keburukan mimpi."

(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku."

9. Doa Tidur
(Sebelum ia tidur, hendaklah ia bersihkan(kibas) tempat tidurnya tiga kali dan berdoa)
"Dengan namaMu wahai Tuhanku,aku baringkan lambungku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku(Kau ambil nyawaku), ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan (kembalikan) jiwaku, maka peliharalah diriku sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang salih."

(Ketika Akan Berbaring di tempat tidur)
"Ya Allah, aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia ,Yang Hidup,Yang Jaga dan aku bertaubat kepada-Nya." (3 kali )

11. Doa Selesai Sembahyang Atau Selesai Majlis
(Zikir-zikir selepas sembahyang)

Tasbih (33 X)

Tahmid(33X)

Takbir (33X)

Dan disempurnakan dengan

Ertinya:"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa ,yang tidak ada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya segala kekuasaan dan kepunyaan-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."
Ertinya:"Ya Allah bantulah aku berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan sebaik-baik ibadat kepadaMu."

(Ketika meninggalkan majlis)

Ertinya:"Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala pujiMu,aku bersaksi tidak ada tuhan kecuali Engkau aku bermohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu."

PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"

2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut

3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).

4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.

6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).

JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN

Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;

1. Air Zam-zam (yang paling baik)

2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.

3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk

4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit

5. Air Mineral semulajadi

6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci


KOLEKSI JAWAPAN SOAL JAWAB AGAMA

Web Ini Di Link Untuk Memudahkan Sahabat Mendownloadkan .....

(VERSI AUDIO )

BERSAMA TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN

Berikut adalah koleksi jawapan kemusykilan agama yang diutarakan oleh orang ramai yang dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Koleksi ini adalah dipetik dari Kuliah Dwi-Mingguan di Darussyifa' Bandar Baru Bangi

Soal-jawab ini adalah dalam bentuk Audio format RM (Real Media), sila klik pada soalan untuk muat turn jawapan tersebut ke PC anda. Jika anda tidak mempunyai perisian untuk memain format ini, gunakan Realplayer Alternatif yang boleh di muat turun disini.

Untuk menukar format ini kepada Format MP3 anda boleh menggunakan Perisian “Free-RM-to-MP3_Converter" yang boleh dimuat turun disini

Tarikh dikemaskini: 3-Feb-2007

No.

Soalan

001
Apakah ibubapa yang meninggal dunia terima akibat anak yang jahat?
002
Adakah Amalan Demokrasi mengikut syariat Islam?
003
Apakah NurulLah?
004
Bolehkah berkerja ditempat Haram?
005
Apakah Hukum Islam Hadhari?
006
Apakah Hukum Makan Telur Buaya?
007
Apakah hukum jika tidak menunaikan Nazar?
008
Hukum berkerja di Bank Konvesional?
009
Hukum mencukur bulu kening?
010
Hukum Mukir Janji?
011
Hukum Pengebom Berani Mati di Palestine?
012
Apakah jenis jenis Sujud sunat?
013
Masalah Najis Anjing & Babi?
014
Berapakan saiz badan manusia di zaman nabi Adam?
015
Apakah tanda tanda mimpi yang benar?
016
Apakah hukum isteri yang menziarahi ibu-bapanya tanpa izin suami?
017
Adakah sampai pahala Sedekah atau Hadiah yang di buat atas nama simati?
018
Adakah terdapat pertindihan maksud Hadis Qudsi dan Ayat Al-Quran?
019
Apakah hukum berkahwin tanpa restu Ibu bapa?
020
Apakah perbezaan Quran dan Hadis Qudsi?
021
Bagaimanakah nak bezakah bisikan Syaitan dengan ilham dari Allah?
022
Bagaimanakan Suara Wanita menjadi Fitnah dan Bolehkah Penyanyi dijadikan idola?
023
Benarkah Syaitan dan Iblis boleh mencuri maklumat dari Baitul Makmur?
024
Hukum berbuka puasa ramadan kerana hendak bersetubuh dengan isteri?
025
Bila ada wang membayar hutang mestilah diutamakan dari yang lain
026
Boleh Ustaz Jelaskan berkenaan Pameran Hantu di Shah Alam?
027
Bolehkah Jamak Taqdim dibuat dirumah sebelum bermusafir?
028
Dizaman Bilakah Hadis mula ditulis?
029
Hukum mengambil hormon untuk menghasilkan susu badan bagi menyusui anak angkat?
030
Kenapa Negara-negara Islam Tak Bantu Palestine & Lubnan yang diserang Israel?
031
Kesan Sujud didahi apakah kelebihannya?
032
Mazhab manakah yang membolehkan Wanita Solat nampak tapak kaki?
033
Sahkah solat wanita berpurdah dengan dahi tertutup?
034
Sahkah wuduk dengan mencelup air dari satu baldi?
035
Siapakah Ibnu Taimiyah, benarkah ada yang mengatakan dia sesat?
036
Bolehkah diadakan Tazkirah ketika waktu Solat Tarawih?
037
Adakah dapat pahala fadilat sembahyang di Masjidil Haram jika kita solat di Luar Kawasan Masjid?
038
Adakah kelebihan tertentu jika solat 40 waktu di Masjid Nabawi?
039
Apakah Kelebihan Haji Akbar berbanding dengan Haji yang Lain?
040
Apakah yang dikatakan Doa Nubuwah?
041
Benarkah tiada nas berkenaan dengan Solat Taubat?
042
Penjelasan tentang Rasuah, Wang Pelincir, Debu Riba dan Duit Kopi?
043
Adakah Sunah Nabi menekapkan muka di Hajar Aswad dan Multazam?
044
Apa patut makmum buat bila imam terlupa Tahiyat akhir sebaliknya imam tambah lagi satu rakaat?
045
Apakah ciri-ciri Kepimpinan Islam yang sebenarnya?
046
Bayi boleh bercakap di akhir zaman?
047
Boleh Ustaz jelaskan berkenaan Tarikat Hizb Bahr, Hizb Hamawi dan Ratib Hadad?
048
Bolehkah daging Aqiqah & Qurban diberikan kepada orang bukan Islam?
049
Kenapa kena berguru (bertalaqi) dalam menuntut ilmu?
050
Komen Ustaz tentang Kursus Solat Sifat Nabi - Jangan berpecah dengan masalah khilafiah?
051
Siapakah yang lebih Afdal jadi imam Solat - Sah Solat jika dahi ditutupi oleh rambut ketika sujud?



Himpunan Doa Dari Ustaz Harun Din...
· Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan dan Hajat
· Doa Supaya Allah Mencukupkan Keperluan Diri dan Keluarga
· Penawar Supaya Dapat Menjauhi Maksiat
· Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)
· Amalan Supaya Dimudahkan Membayar Hutang
· Doa Supaya Segala Yang Susah Menjadi Mudah
· Selawat Munjiyyah
· Ayatul Mahabbah (Doa Supaya Dikasihi)
· Doa Untuk Mereka Yang Bakal Mengerjakan Haji
· Doa Segala Penawar Penyakit
· Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)
· Doa Apabila Menghadapi Perkara Yang Sulit
· Doa Ketika Berada Di dalam Kesusahan
· Doa Supaya Dimudahkan Membayar Hutang dan Tertunai Hajat
· Doa Supaya Apa Yang Dihafal Tidak Lupa
· Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar
· Doa Mohon Keampunan Dan Kesayangan
· Doa Mohon Keampunan Dan Dijauhkan Dari Segala Kejahatan
· Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga
· Doa Mohon Keringanan Dan Kemudahan
· Doa Atasi Fobia dan Atasi Rasa Dada Berdebar-debar
· Doa Mohon Ditetapkan Pendirian
· Doa Mohon Kemuliaan Dan Ketaatan
· Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit (1)